Ini bukan cerita tahyul seperti hantu jepun dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Tetapi kisah benar yang terjadi pagi semalam.
Bersarapan dahulu mengalas perut sebelum beramal.
Semua ahli berkumpul dahulu ditapak perkuburan untuk mencatit kedatangan dan pemberian Bai'ah dan lirik lagu Amal.
Taklimat ringkas yang disampaikan oleh Penyelaras UAKR En. Abd. Halim atau Pak Yop.
Ucapan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh Ketua Pemuda DPPKR Sdr. Zainal yang juga selaku Penasihat Unit Amal Kota Raja.
Beramai-ramai menyanyikan Lagu Rasmi Unit Amal dengan penuh semangat dipimpin oleh Penyelaras UAKR.
Acara diteruskan dengan kawat ringkas dan berbai'ah dipimpin oleh Sdr Noor Akif
Taklimat ringkas dan aluan yang disampaikan oleh Ketua Kampung Tuan Hj. Ismail b. Abdullah
Ahli Majlis Tn. Hj Mohd Termizi b. Ismail pun turut hadir memberikan sokongan dan semangat buat UAKR.




Berehat seketika sambil beramah mesra dengan Ketua Kampung.
Bersiap-siap untuk bergerak ke Surau Quarters Guru Kg Jawa untuk acara selanjutnya.....


Tu dia.. UAKR dijamu dengan buah-buahan tempatan yang segar. Durian, Pulasan, Manggis dan berbagai jenis lagi... Rezeki jangan ditolak. Ribuan terima kasih diucapkan kepada kariah Surau dan Masjid Kg Jawa yang sudi mengundang kami serta syabas diucapkan kepada ahli-ahli UAKR yang turun beramal pada hari tersebut. Diharap program seperti ini tidak terhenti setakat ini dan akan dijadikan ianya satu program tahunan.. InsyaAllah.



0 comments:
Post a Comment