Malam Tautan Kasih Pastiku Beramal

YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengajak semua orang samada Islam atau pun bukan supaya sama-sama membina manusia agar dunia ini dapat di tadbir oleh mereka yang menggunakan akal di samping berakhlak mulia.

[DSCN1279.JPG]Beliau berkata demikian ketika memberi ucapannya di majlis makan malam "Malam Tautan Kasih Pastiku Beramal" anjuran Jabatan Amal dan Jabatan PASTI Dewan Pemuda Kawasan Kota Raja di sini malam tadi.

Menurut beliau, penubuhan Jabatan Amal dan PASTI merupakan satu usaha PAS didalam membina manusia.

Pembinaan manusia amatlah perlu bagi melahirkan mereka yang akan mentadbir dunia sebagai khalifah dengan menggunakan akal dan akhlak yang baik.

Jika pembinaan manusia diabaikan, ia adalah seperti yang berlaku sekarang ini di mana banyak malapetaka yang berlaku terhadap manusia di sebabkan oleh hasil tangan-tangan manusia itu sendiri.

Semuanya adalah hasil dari kerakusan manusia yang melakukan tanpa menggunakan akal untuk kebaikan tetapi menggunakan akal untuk memastikan nafsu dan kepentingan diri sendiri tercapai tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal di alami.

Sebagai contoh, senjata yang di cipta menggunakan teknologi yang moden hanya memudaratkan manusia kerana ia akan membunuh beribu-ribu manusia yang tidak berdosa di samping menghancurkan dunia.

Oleh kerana itu, beliau mengajak semua orang samada Islam atau pun bukan supaya bersama-sama membina manusia agar dunia ini dapat di tadbir oleh mereka yang menggunakan akal di samping berakhlak mulia.

Makan malam yang di anjurkan bagi mengisi tabung Jabatan Amal dan PASTI Kota Raja itu juga turut di hadiri oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Suhaimi Shafie, ADUN Sri Muda, Sdr Letchumanan, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Selangor dan Cikgu Jaafar Samsudin, YDP Kota Raja.

Selain itu, seramai hampir 50 orang ahli kelab penyokong PAS Kota Raja telah hadir pada malam tersebut.

Majlis tersebut di akhiri dengan penyampaian Anugerah Jasamu di Kenang yang telah di anugerahkan kepada Ustaz Haji Hambari yang banyak menyumbang kepada PAS di kawasan Kota Raja.

Jabatan Amal Kota Raja mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha gigih semua pihak yang menjayakan majlis ini dan para penderma dana pembangunan PASTI dan Jabatan Amal Kota Raja.
Majlis ini turut memukau para hadirin dengan tayangan slide Jabatan Amal dan PASTI Kota Raja.
video
continue to “Malam Tautan Kasih Pastiku Beramal”

Korban Anggota Amal Caw.Kota Kemuning


Mengagihkan Daging Qurban.


Hebat!Ajk Muslimat.membantu menlancarkan
kerja2 Pendaftaran Petugas.

Beramal Kerana Allah.Anggota Amal Caw.Kota Kemuning,sanggup tak balik ke Kampung semata-mata ingin membantu Masyarakat di Kariah Surau Al-Firdaus melaksanakan ibadah Qurban.
Mudah-mudahan kerja2 Amal kita di terima Allah s.w.t InsyAllah.

by Pak yeop.
continue to “Korban Anggota Amal Caw.Kota Kemuning”

Jambori Pusat Part3

Hebat!S.U.Kaw.Kota Raja.

Wakil Kota Raja,TKP nampak ke hausan!


Berselera sungguh! Pastinya lazat.....





continue to “Jambori Pusat Part3”

Jambori Pusat Part2

SU Kawasan, Penyelaras Amal Kota Raja & Pengarah Amal Selangor Hj Azmi berbincang sesuatu
Antara Peserta Amal Race yang tiba di garisan penamat

Halangan Wajib bagi Peserta Amal Race


Antara 5 pasukan yang tiba awal bagi acara Amal Race

Sesi Senaman Pagi di Waktu Hujan Rintik-Rintik

Menguji Kekuatan Siku

Senaman Cakar Harimau

Tekan Tubi Sebanyak 50 kali

Menguji Kekuatan Perut Selama 5 minit
continue to “Jambori Pusat Part2”

Sekitar Jambori Amal Pusat Ke 17 di Sg Nibong, Sekinchan

Sg Nibong, Seramai 7 peserta dari Kota Raja telah hadir ke Jambori Pusat Amal kali ke 17 mewakili kontinjen Selangor yang berlangsung di Batu 23 Sg Nibong, Sg Besar. Pada Kali ini Selangor menjadi tuan rumah dengan kehadiran peserta mencecah 1000 orang. Selangor antara peesrta teramai dengan menghantar peserta seramai 200 peserta diikuti Kelantan seramai 88 peserta. Majlis perasmian yang berlangsung pada jam 9 malam pada 30 Oktober 2009 (Jumaat) telah dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Terdapat pelbagai program yang dijalankan pada kali ini antaranya program anak angkat, gotong royong, perlawanan persabahatn futsal dan badminton, Amal Race, masakan survival, acara penyelamat, taklimat dari pihak berkuasa Bomba & Polis, kempen derma darah dari Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, pertandingan Nasyid, pidato, pentomen, Konsert dan pelbagai acara yang telah diatur oleh pihak penganjur. Berikut antara gelagat-gelagat peserta sepanjang program berlangsung:



Khusyuk mendengar taklimat dari kem komanden

Aktiviti Kawad menjadi acara wajib setiap kali sebelum memulakan majlis

Bergambar bersama Pengerusi JKKK Batu 9, Pasir Panjang selepas aktivit gotong-royong

Ada sesuatu yang dibincangkan oleh KP & Penyelaras Amal sewaktu Amal Race berlangsung

SU Kawasan Hj Hakim tidak melepaskan peluang menderma darah di tapak program

Adam gembira namanya terpilih sebagai pemain badminton melawan penduduk kampung

Taklimat Polis mengenai jenayah dan cara cara menangani dan mengelak diri dari melakukannya

Taklimat bomba mengenai kebakaran dan keselamatan umum dan persendirian dan pertolongan cemas ,serta peralatan peralatan menyelamat pasukan bomba malaysia.

Rumah Selangor yang menempatkan peserta sepanjang program berlangsung sedang dalam pembinaan

Rumah Selangor selepas dihias bagi mengalahkan juara bertahan Rumah P.Pinang

continue to “Sekitar Jambori Amal Pusat Ke 17 di Sg Nibong, Sekinchan”

Jabatan Amal Kota Raja Berwajah Baru


Alhamdulillah sempena Mesyuarat DPPKR, ketua Dewan Pemuda Pas kawasan kota Raja telah melancarkan Logo terbaru Jabatan Amal Kota Raja.
Jabatan Amal Kota Raja yang dulu sinonim dengan nama Unit Amal adalah salah satu jabatan yang terletak dibawah Dewan Pemuda Pas kawasan. keterlibatan sebuah badan beruniform ini di katakan amat penting dalam melahirkan generasi pemuda yang mempunyai semangat waja, kental dan berkhidmat tidak lain dan tidak bukan hanya kerana Allah.

Di kawasan kota Raja, solidariti tentera merah ini baru diwujudkan dek kerana ia mendapat sambutan serta komitmen yang tinggi oleh mantan ketua pemuda yang lepas seterusnya di sambung oleh ketua pemuda yang baru pada sesi ini membuatkan nama Unit Amal tidak asing lagi di kawasan kota Raja ini.
Pada kali ini Jabatan Amal kota Raja berazam untuk mengumpulkan tenaga seramai mungkin bagi mewujudkan pelapis yang mempunyai fikrah islam yang sejati.
sehubungan dengan itu....
Ayuh..... Marilah sama-sama kita beramal
Daftarlah diri anda sebagai salah seorang anggota Unit Amal

Perhatian !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Anggota unit amal tidak mempunyai had Umur, asalkan sihat tubuh badan
Sebarang pertanyaan @Info Amal Kota Raja sila hubungi
Abd. Halim (Pak Yop) : 013-2772928
Mohd Nor : 013-6347921
Zuharudin : 017-2864823
atau
email : suuakr@gmail.com
serta layari
http://unitamalkotaraja.blogspot.com
continue to “Jabatan Amal Kota Raja Berwajah Baru”

Tentera merah bantu kelancaran PRK

Disebalik kelancaran lalulintas dan ketenangan persekitaran kawasan Markaz Induk PAS di Jalan Pantai Batu 3 1/4, sebenarnya ada satu pasukan ketenteraman awam PAS yang sentiasa bersedia 24 jam untuk berkhidmat di sana.

Nama 'tentera merah' biasanya digunakan untuk merujuk kepada pasukan Unit Amal PAS yang berseragam merah, berseluar hitam dan ber'beret' merah. Mereka inilah yang bertugas 24 jam mengikut giliran mengawal lalulintas yang memang sibuk dan kadangkala menimbulkan kesesakan pada masa-masa tertentu.

Wartawan bertugas sempat menemuramah seorang 'tentera merah' yang saban hari sentiasa setia menjalankan tugasnya tanpa rasa jemu dan sungutan. Wajahnya menjadi saksi usianya yang bukan lagi dikalangan anak muda.

Encik Mohd Zamhuri Mohd Tahir, 62, berkata dia begitu teruja dengan kerja-kerja keselamatan dan kebajikan ini sejak dari muda. Beliau yang berasal dari Perak berkata, penglibatannya secara aktif dalam Unit Amal adalah selepas pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Beliau memberitahu, sebelum ini beliau hanya bertugas secara sukarela secara berseorangan atas dasar ingin membantu parti dan agama. Malah juga terlibat dengan banyak operasi pencegahan maksiat di Perak.

Diifahamkan, seramai 20 orang petugas Unit Amal Malaysia telah bertugas mengikut giliran sepanjang 24 jam sehari bermula sebelum hari penamaan calon lagi.

Anak-anak muda ini menunjukkan kesetiaan dan kecekapan menjalankan tugas yang diamanahkan walau dalam keadaan panas atau hujan. Saban waktu, kerja ikhlas mereka dibalas dengan ucapan terima kasih dan senyuman dari sesiapa sahaja, sama ada pemimpin besar parti, petugas parti atau orang awam.

Tapi, tidak kurang juga mereka dihadiahkan dengan bebelan dan cemuhan kerana tidak dibenarkan 'parking' kereta di kawasan yang tidak dibenarkan. Tetapi mereka tetap meneruskan amanah yang digalas dengan penuh dedikasi. Cuba fikir jika kumpulan semut merah ini tiada, siapakah yang akan berada dihadapan sewaktu perhimpunan besar seperti demontrasi ISA 1 September lalu.

Kepada Unit Amal seluruh negara yang sedang bertugas, teruskan thabat anda. Syabas diucapkan!

continue to “Tentera merah bantu kelancaran PRK”

Salute pada Pak Husin....

Jumlah para petugas PAS dari seluruh negara bertambah selepas kejadian Rabu lepas apabila petugas PAS diganggu dan diserang oleh petugas Umno.

Antara mereka adalah seorang aktivis Unit Amal PAS dari Gua Musang, Kelantan.

Husin...sudah berusia tetapi penuh semangat.

Husin bin Hassan sudah berumur 59 tahun namun beliau adalah seorang aktivis Unit Amal yang penuh semangat. Beliau bersama rakannya dari Kampung Jeram Tekoh, Gua Musang, Raja Mahasan bin Raja Sulaiman, ditugaskan mengawal Markas Besar PAS di Batu Tiga, Port Dickson.

“Sebelum Bagan Pinang, saya dah bertugas di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan juga Permatang Pasir baru-baru ini,” kata Husin penuh semangat walaupun sudah lanjut usia.

Ekoran kejadian Rabu lalu, para petugas PAS memenuhi Bagan Pinang. Mereka datang bukan untuk bergaduh tetapi bagi memastikan pilihan raya ini berjalan penuh tertib.

“Saya akan memastikan peraturan diikutlah,” kata Husin ketika ditanya apa yang beliau akan buat jika ada mana-mana pihak cuba membuat kacau di situ.


continue to “Salute pada Pak Husin....”

UMNO/BN Parti Samseng..! Seluruh Pemuda Dan Jabatan Amal Diminta Turun...

Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan lebih 20 lelaki bermotosikal dan juga kereta dipercayai penyokong UMNO/BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menyerang petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS dipukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong UMNO/BN terbabit tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan bendera dan poster UMNO/BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi-tubi. Bayangkan mereka menyerang dari luar markas sehingga ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.
Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain dan semua bukti beserta maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong UMNO/BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen dan juga meningkatkan tahap keselamatann di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong UMNO/BN tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.
Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.
Saya memohon kepada rakan-rakan dan para pentokong Pakatan Rakyat untuk turun membantu dan meningkatkan kawalan keselamatan. Yang terbukti samseng adalah UMNO. Dengan nama ALLAH... kami perlu pertolongan.

continue to “UMNO/BN Parti Samseng..! Seluruh Pemuda Dan Jabatan Amal Diminta Turun...”

Unit Amal Kota Raja Menawarkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Kg Tanjung Sepat, Kuala Langat 24 Sept – Pas Kawasan Kota Raja telah menghantar beberapa orang anggota Unit Amal ke Kg Tanjung Sepat, Kuala Langat bagi membantu penduduk di kampung tersebut yang telah di timpa musibah banjir.

Penduduk kampung tersebut dan beberapa kampung di sekitarnya telah menghadapi banjir ketika umat Islam di Malaysia sedang merayakan Aidilfitri baru-baru ini.

Ketika mengiringi YB Dr Yunus, ADUN Sijangkang yang turun padang meninjau lebih dekat kerumah-rumah mereka yang terlibat, anggota-anggota Unit Amal tersebut telah menawarkan khidmat membantu mereka yang memerlukan bantuan di dalam membersih atau mengemas rumah.

Hasil tinjauan yang di buat di sekitar kawasan yang terlibat mendapati punca banjir tersebut ialah di sebabkan perparitan yang tidak sempurna menyebabkan aliran air yang tidak lancar. _Izha

Tg Sepat1

continue to “Unit Amal Kota Raja Menawarkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir”

Pangkat Dan Keterangan


KETUA PENGARAH PUSAT



TIM. KETUA PENGARAH PUSAT/ HARIAN PUSAT




PENGARAH KOR PUSAT/ PENGARAH NEGERI




TIM. PENGARAH NEGERI / HARIAN NEGERI




KETUA KOR NEGERI / KOMANDER KAWASAN




TIM. KOMANDER KAWASAN




KETUA UNIT KAWASAN


-------------------------------------------------------------------------------------

Keterangan Pangkat


Mahkota Al-Amal, Bulan & Bintang
Mengutamakan tugasan 'Amal' berdasarkan
prinsip rukun Islam dan teras 'Amal'



Bintang Emas 7 Bucu
Adalah Ikrar 'Amal' atau prinsip 'Amal' yang
menjadi panduan




Bintang Emas 14 Bucu & Bulatan Hijau Di Tengah
Adalah 14 negeri yang ada dalam Malaysia
dan berpaksikan Islam sebagai cara hidup




Logo Amal
Blog Widget by LinkWithin
continue to “Pangkat Dan Keterangan”

Blog Widget by LinkWithin

Latihan Amal

Latihan Amali Jabatan Amal Kedah
info : Perjuangan Belum Selesai
Wajar dicontohi..

FEEDJIT Live Traffic Feed

My Blog List

 
UAKR Template by SUUAKR | Dragon Hill And adaptation in blogger by Ctemplates