Jabatan Amal Kota Raja Berwajah Baru


Alhamdulillah sempena Mesyuarat DPPKR, ketua Dewan Pemuda Pas kawasan kota Raja telah melancarkan Logo terbaru Jabatan Amal Kota Raja.
Jabatan Amal Kota Raja yang dulu sinonim dengan nama Unit Amal adalah salah satu jabatan yang terletak dibawah Dewan Pemuda Pas kawasan. keterlibatan sebuah badan beruniform ini di katakan amat penting dalam melahirkan generasi pemuda yang mempunyai semangat waja, kental dan berkhidmat tidak lain dan tidak bukan hanya kerana Allah.

Di kawasan kota Raja, solidariti tentera merah ini baru diwujudkan dek kerana ia mendapat sambutan serta komitmen yang tinggi oleh mantan ketua pemuda yang lepas seterusnya di sambung oleh ketua pemuda yang baru pada sesi ini membuatkan nama Unit Amal tidak asing lagi di kawasan kota Raja ini.
Pada kali ini Jabatan Amal kota Raja berazam untuk mengumpulkan tenaga seramai mungkin bagi mewujudkan pelapis yang mempunyai fikrah islam yang sejati.
sehubungan dengan itu....
Ayuh..... Marilah sama-sama kita beramal
Daftarlah diri anda sebagai salah seorang anggota Unit Amal

Perhatian !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Anggota unit amal tidak mempunyai had Umur, asalkan sihat tubuh badan
Sebarang pertanyaan @Info Amal Kota Raja sila hubungi
Abd. Halim (Pak Yop) : 013-2772928
Mohd Nor : 013-6347921
Zuharudin : 017-2864823
atau
email : suuakr@gmail.com
serta layari
http://unitamalkotaraja.blogspot.com
continue to “Jabatan Amal Kota Raja Berwajah Baru”

Tentera merah bantu kelancaran PRK

Disebalik kelancaran lalulintas dan ketenangan persekitaran kawasan Markaz Induk PAS di Jalan Pantai Batu 3 1/4, sebenarnya ada satu pasukan ketenteraman awam PAS yang sentiasa bersedia 24 jam untuk berkhidmat di sana.

Nama 'tentera merah' biasanya digunakan untuk merujuk kepada pasukan Unit Amal PAS yang berseragam merah, berseluar hitam dan ber'beret' merah. Mereka inilah yang bertugas 24 jam mengikut giliran mengawal lalulintas yang memang sibuk dan kadangkala menimbulkan kesesakan pada masa-masa tertentu.

Wartawan bertugas sempat menemuramah seorang 'tentera merah' yang saban hari sentiasa setia menjalankan tugasnya tanpa rasa jemu dan sungutan. Wajahnya menjadi saksi usianya yang bukan lagi dikalangan anak muda.

Encik Mohd Zamhuri Mohd Tahir, 62, berkata dia begitu teruja dengan kerja-kerja keselamatan dan kebajikan ini sejak dari muda. Beliau yang berasal dari Perak berkata, penglibatannya secara aktif dalam Unit Amal adalah selepas pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Beliau memberitahu, sebelum ini beliau hanya bertugas secara sukarela secara berseorangan atas dasar ingin membantu parti dan agama. Malah juga terlibat dengan banyak operasi pencegahan maksiat di Perak.

Diifahamkan, seramai 20 orang petugas Unit Amal Malaysia telah bertugas mengikut giliran sepanjang 24 jam sehari bermula sebelum hari penamaan calon lagi.

Anak-anak muda ini menunjukkan kesetiaan dan kecekapan menjalankan tugas yang diamanahkan walau dalam keadaan panas atau hujan. Saban waktu, kerja ikhlas mereka dibalas dengan ucapan terima kasih dan senyuman dari sesiapa sahaja, sama ada pemimpin besar parti, petugas parti atau orang awam.

Tapi, tidak kurang juga mereka dihadiahkan dengan bebelan dan cemuhan kerana tidak dibenarkan 'parking' kereta di kawasan yang tidak dibenarkan. Tetapi mereka tetap meneruskan amanah yang digalas dengan penuh dedikasi. Cuba fikir jika kumpulan semut merah ini tiada, siapakah yang akan berada dihadapan sewaktu perhimpunan besar seperti demontrasi ISA 1 September lalu.

Kepada Unit Amal seluruh negara yang sedang bertugas, teruskan thabat anda. Syabas diucapkan!

continue to “Tentera merah bantu kelancaran PRK”

Salute pada Pak Husin....

Jumlah para petugas PAS dari seluruh negara bertambah selepas kejadian Rabu lepas apabila petugas PAS diganggu dan diserang oleh petugas Umno.

Antara mereka adalah seorang aktivis Unit Amal PAS dari Gua Musang, Kelantan.

Husin...sudah berusia tetapi penuh semangat.

Husin bin Hassan sudah berumur 59 tahun namun beliau adalah seorang aktivis Unit Amal yang penuh semangat. Beliau bersama rakannya dari Kampung Jeram Tekoh, Gua Musang, Raja Mahasan bin Raja Sulaiman, ditugaskan mengawal Markas Besar PAS di Batu Tiga, Port Dickson.

“Sebelum Bagan Pinang, saya dah bertugas di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan juga Permatang Pasir baru-baru ini,” kata Husin penuh semangat walaupun sudah lanjut usia.

Ekoran kejadian Rabu lalu, para petugas PAS memenuhi Bagan Pinang. Mereka datang bukan untuk bergaduh tetapi bagi memastikan pilihan raya ini berjalan penuh tertib.

“Saya akan memastikan peraturan diikutlah,” kata Husin ketika ditanya apa yang beliau akan buat jika ada mana-mana pihak cuba membuat kacau di situ.


continue to “Salute pada Pak Husin....”

UMNO/BN Parti Samseng..! Seluruh Pemuda Dan Jabatan Amal Diminta Turun...

Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan lebih 20 lelaki bermotosikal dan juga kereta dipercayai penyokong UMNO/BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menyerang petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS dipukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong UMNO/BN terbabit tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan bendera dan poster UMNO/BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi-tubi. Bayangkan mereka menyerang dari luar markas sehingga ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.
Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain dan semua bukti beserta maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong UMNO/BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen dan juga meningkatkan tahap keselamatann di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong UMNO/BN tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.
Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.
Saya memohon kepada rakan-rakan dan para pentokong Pakatan Rakyat untuk turun membantu dan meningkatkan kawalan keselamatan. Yang terbukti samseng adalah UMNO. Dengan nama ALLAH... kami perlu pertolongan.

continue to “UMNO/BN Parti Samseng..! Seluruh Pemuda Dan Jabatan Amal Diminta Turun...”

Blog Widget by LinkWithin

Latihan Amal

Latihan Amali Jabatan Amal Kedah
info : Perjuangan Belum Selesai
Wajar dicontohi..


FEEDJIT Live Traffic Feed

My Blog List

 
UAKR Template by SUUAKR | Dragon Hill And adaptation in blogger by Ctemplates