9 anggota Amal Kota Raja ke Tamrin Jabatan Amal Negeri Selangor

Batu Caves, 1 Mac - Jabatan Amal Kota Raja telah menghantar 9 anggota ke Tamrin Jabatan Amal Negeri Selangor di sini semalam, di ketuai sendiri Sdr Halim Sulaiman Komander Amal Kota Raja.

Tamrin yang di adakan di Kem Belia Bukit Lagong tersebut merupakan program yang di anjurkan oleh Jabatan Amal Negeri Selangor bagi memantapkan mental dan fizikal anggota Amal Negeri Selangor.

Sdr Halim mengucapkan terimakasih di atas kerjasama yang diberikan oleh anggota Amal Kota Raja yang dapat menghadiri program tersebut.

Beliau berharap semuga tamrin tersebut dapat memantapkan lagi saksiah anggota-anggota bagi meneruskan kerja-kerja amal yang berbentuk sukarela tanpa mengharapkan balasan.

Seramai hampir seratus anggota Amal dari seluruh negeri Selangor telah hadir ke tamrin tersebut yang berpeluang mengikuti beberapa kertas kerja dalam kerja-kerja sukarelawan sambil menikmati suasana hutan yang damai berdekatan dengan perkampungan orang asli Bukit Lagong.

Selain ceramah, kertas kerja dan sessi motivasi, peserta-peserta juga berpeluang menjalankan kerja gotong royong pembersihan surau Kampung Orang Asli Bukit Lagong.

Mereka juga berpeluang melakukan riadah seperti jogging, abselin, flying fox dan sebagainya.

Pada sebelah malamnya, semua peserta telah bersama-sama melakukan night walk di dalam hutan bermula jam 12 malam dan berakhir pada jam 3 pagi, di mana pada satu tahap semua anggota telah di tinggalkan sendirian seorang diri di dalam hutan.

Tamrin yang di adakan selama 3 hari yang bermula pada hari Jumaat itu, telah di rasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasarudin Isa dan di tutup pada hari Ahad oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin AtTantawi. _Izha

















0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
UAKR Template by SUUAKR | Dragon Hill And adaptation in blogger by Ctemplates