Gotong Royong Mengecat PASTI An-Nur Islam Putra Height

Putra Height, Subang Jaya 17 Feb - Jabatan Amal Kota Raja telah menyertai program gotong royong anjuran Jabatan PASTI Kawasan Kota Raja yang di adakan di PASTI An-Nur Islam Putra Height semalam.

Program gotong royong tersebut merupakan kerja-kerja menambah ceriakan PASTI An-Nur Islam  Putra Height dengan mengecat semula bahagian luar bangunan.
Tujuan gotong royong tersebut ialah untuk menjadikan PASTI tersebut bertambah ceria agar dapat menarik lebih ramai lagi pelajar.
Pengerusi Jabatan PASTI Kawasan Kota Raja, Sdr Ryne Abdullah ketika menutup program tersebut telah mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang telah menjayakan program tersebut.
Beliau berharap semuga program tersebut dapat dikembangkan ke PASTI-PASTI lain di masa yang akan datang. _Izha














1 comments:

Samihah Abd Raof said...

Assalam nak tanye kat pasti ni ade kerja kosong tk

April 27, 2017 at 7:49 PM  

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
UAKR Template by SUUAKR | Dragon Hill And adaptation in blogger by Ctemplates