Misi Bantuan Banjir Kedah

Alor Setar 15 Nov - Pasukan Unit Amal Selangor telah menghantar pasukan sukarelawan bagi memenuhi misi kerja-kerja mencuci dan membersih akibat bencana banjir di Kedah pada 13 dan 14 November 2010 yang lepas.

Operasi tersebut telah diketuai sendiri oleh Hj Azmi Anuar yang merupakan Pengarah Jabatan Amal Selangor.

Jabatan Amal Kota Raja tidak ketinggalan menghantar 3 orang sukarelawan terdiri dari Hj Hakim Kari, Adam Abd Kadir dan Akiff Nordin (Ketua Potfolio DACS) bagi bersama-sama menyempurnakan misi kali ini.

Kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir telah di lakukan di Kg Sungai Baru dan Kg Alor Merah, Alor Setar berhampiran projek landasan berkembar.

Banjir yang terburuk pernah berlaku di kawasan tersebut telah memusnahkan tanaman dan harta benda yang menyebabkan mereka yang terbabit mengalami banyak kerugian.

Semuga mereka yang terlibat dapat menerima bencana ini sebagai cubaan dari Allah swt.

 Sebuah rumah di Kg Sungai Baru yang dibersihkan dalam misi kali ini

 Di tapak kediaman rasmi MB Kedah sebagai tempat penginapan rasmi sukarelawan

 SU Kawasan Kota Raja memerah tenaga membersihkan rumah yang dilanda banjir

Pengarah Jab Amal Sngor (kanan) dan sdr Adam tidak ketinggalan
memerah tenaga membersihkan rumah yang dilanda banjir


 Kepuasan terpancar diwajah sukarelawan yang hadir dalam misi kali ini walaupun kepenatan

Kemusnahan harta benda selepas bencana banjir.
continue to “Misi Bantuan Banjir Kedah”

Majlis Perasmian PASTI Al-Kauthar meriah dengan JAKR

Semalam berlangsungnya Majlis Perasmian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Kauthar cawangan Kota Kemuning dan Temasya Sukan Tahunan 2010 di Padang Permainan Sri Nervilla. Majlis disempurnakan oleh Ustaz Azman Shapawi Abd Rani Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Turut hadir sama Zainal Said Ketua Pemuda PAS Kota Raja beserta barisan exconya. Tertubuhnya PASTI Al-Kauthar cawangan Kota Kemuning, maka penambahan PASTI di Parlimen Kota Raja meningkat kepada 10 buah.



PASTI merupakan salah sebuah jabatan yang berada dibawah Dewan Pemuda. Dewan Pemuda melihat kepentingan pendidikan awal berlandaskan Islam perlu didedahkan sejak awal lagi kepada kanak-kanak kerana ingin mengembalikan pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan Islam dan merangsang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.


Pada 2004, PASTI di Kota Raja mula beroperasi dengan 4 buah pusat asuhan dengan seramai 184 pelajar dan 11 kakitangan, kini pertambahan jumlah PASTI meningkat kepada 10 buah dengan 520 orang pelajar dan 38 orang kakitangan. Peningkatan yang begitu ketara disebabkan oleh usaha gigih dilakukan oleh penggerak PASTI memperkenalkan kepada masyarakat setempat dan kualiti pembelajarannya beserta kokurikulum bersepadu diselaraskan di peringkat pusat

Pendidikan PASTI semakin mendapat tempat di mata masyarakat kerana PASTI menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.

Menurut Zainal Said, menjelang tahun hadapan sebanyak 3 buah PASTI baru akan diwujudkan di sekitar Kota Raja dan memberi sasaran seramai 1000 pelajar akan mendaftar di PASTI. Sasaran ini perlu digalas oleh pihak Jabatan PASTI supaya memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat tanpa mengira latarbelakang pelajar.
continue to “Majlis Perasmian PASTI Al-Kauthar meriah dengan JAKR”

Muqayyam Peringkat Negeri Selangor

Jabatan Amal Kota Raja telah menghantar peserta ke Muqayyam Peringkat Negeri Selangor pada 30 Julai - 1 Ogos 2010 di Pantai Bagan Lalang, Sg Pelik Sepang baru-baru ini. Seramai 8 orang peserta telah menghadiri yang diketuai oleh Sdr Akiff & Adam Abd Kadir.

Program yang berorentasikan outdoor dengan keindahan pantai, membuatkan program ini sangat menarik disamping pengisian yang amat padat oleh beberapa pimpinan sehinggakan peserta yang tidak biasa dengan program lasak ini berasa amat keletihan.

Walaupun disebelah malamnya tapak perkhemahan dilanda ribut, dengan semangat yang kental dan tarbiyah yang tinggi, peserta tetap kekal sehingga penghujung program.

Walaubagaimanapun, DPPKR dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang peserta Muqayyam kali ini sehari selepas tamat program iaitu adik Fahmi. Skuad Prihatin merangka melakukan lawatan terhadap mangsa adik Fahmi selepas Solat Maghrib semalam gagal kerana mangsa tiada di rumah.

DPPKR mengucapkan tahniah kepada para peserta Muqayyam kali ini dan bersabar terhadap adik Fahmi atas musibah yang menimpa. Skuad Prihatin akan melakukan ziarah sekali lagi pada malam ini dan juga beberapa rumah di sekitar kawasan berhampiran.
continue to “Muqayyam Peringkat Negeri Selangor”

Amal Kota Raja Hantar 2 Anggota ke Konvensyen Jabatan Amal Pusat

Kuala Terengganu 7 Mac - Jabatan Amal Kota Raja telah menghantar 2 anggota ke Konvensyen Amal Pusat di sini semalam iaitu Sdr Halim Sulaiman, Komanden Amal Kota Raja dan Hj Ahmad Hakim Kari.
continue to “Amal Kota Raja Hantar 2 Anggota ke Konvensyen Jabatan Amal Pusat”

9 anggota Amal Kota Raja ke Tamrin Jabatan Amal Negeri Selangor

Batu Caves, 1 Mac - Jabatan Amal Kota Raja telah menghantar 9 anggota ke Tamrin Jabatan Amal Negeri Selangor di sini semalam, di ketuai sendiri Sdr Halim Sulaiman Komander Amal Kota Raja.
continue to “9 anggota Amal Kota Raja ke Tamrin Jabatan Amal Negeri Selangor”

TAMRIN JABATAN AMAL NEGERI SELANGOR 2010



Assalamualaikum wbt,

Dijemput Sahabat-Sahabat Amal sekalian untuk hadir & menyertai :
Tamrin Jabatan Amal Negeri Selangor 2010

Di Rasmikan Oleh :
YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA
( Timbalan Presiden PAS )

Penutup Oleh :
USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
( Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat )

Tarikh:
26, 27 & 28hb Februari 2010
( Jumaat, Sabtu & Ahad )

Tempat:
Pusat Latihan Belia Kem Bukit Lagong,
Off Jalan Bukit Idaman, 68100 Batu Caves, Selangor.
(Belakang IPD daerah gombak)

Antara aktiviti adalah :

Flying Fox, Rock Climbing, Treasurehunt, Night Walk, Motivasi, Kawad, Paper works, Tazkiroh....dll

* Pendaftaran, pada 26hb Feb 2010 ( Jumaat ) mulai jam 2.30ptg hingga 8.00mlm.

* Penyertaan diutamakan kepada Ajk JAB. Amal Kawasan / Ahli Amal Kawasan / AJK DPPK- Minima 12 anggota.( Hardcore & 18 Tahun Keatas).

* Bayaran pendaftaran Wajib adalah sebanyak RM100 untuk setiap kawasan dan RM10 bagi setiap peserta.

* Setiap Unit Amal Kawasan diminta menyediakan atau membawa khemah masing-masing.

* Pendaftaran Hendaklah dibuat melalui JAB. Amal Kawasan masing @ Emailkan / smskan nama dan ic utk pendartaran awal. ( jiwa_lasak@yahoo.com / 019-6101782 )

* Sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-2568820 (Azmi) atau 019-6101782 (Mazali).


" Sehubungan itu, semua JAB. Amal & DPP Kawasan-Kawasan diharap dapat menyediakan pasukan Unit Amal Kawasan masing-masing bagi menyertai dan seterusnya menjayakan TAJAS 2010 "

"Beramal Kerana Allah"

* Untuk Jabatan Amal Kota Raja, tiada sebarang pembayaran dikenakan.... Rebutlah peluang ini...

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013-2772928 (Abd Halim) atau 017-2864823 (Zuharudin).

continue to “TAMRIN JABATAN AMAL NEGERI SELANGOR 2010”

Al-Fatihah untuk Almarhum Uztaz Hj Hambari Hj Nor

Kg Bukit Naga, Shah Alam 22 Feb - Ustaz Hj Hambari Hj Nor, 70 tahun, seorang aktivis PAS kawasan Kota Raja telah kembali ke rahmatullah semalam selepas beberapa minggu menjalani pembedahan akibat kanser usus, di HUKM Cheras.
continue to “Al-Fatihah untuk Almarhum Uztaz Hj Hambari Hj Nor”

Blog Widget by LinkWithin

Latihan Amal

Latihan Amali Jabatan Amal Kedah
info : Perjuangan Belum Selesai
Wajar dicontohi..


FEEDJIT Live Traffic Feed

My Blog List

 
UAKR Template by SUUAKR | Dragon Hill And adaptation in blogger by Ctemplates