Majlis Perasmian PASTI Al-Kauthar meriah dengan JAKR

Semalam berlangsungnya Majlis Perasmian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Kauthar cawangan Kota Kemuning dan Temasya Sukan Tahunan 2010 di Padang Permainan Sri Nervilla. Majlis disempurnakan oleh Ustaz Azman Shapawi Abd Rani Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Turut hadir sama Zainal Said Ketua Pemuda PAS Kota Raja beserta barisan exconya. Tertubuhnya PASTI Al-Kauthar cawangan Kota Kemuning, maka penambahan PASTI di Parlimen Kota Raja meningkat kepada 10 buah.



PASTI merupakan salah sebuah jabatan yang berada dibawah Dewan Pemuda. Dewan Pemuda melihat kepentingan pendidikan awal berlandaskan Islam perlu didedahkan sejak awal lagi kepada kanak-kanak kerana ingin mengembalikan pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan Islam dan merangsang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.


Pada 2004, PASTI di Kota Raja mula beroperasi dengan 4 buah pusat asuhan dengan seramai 184 pelajar dan 11 kakitangan, kini pertambahan jumlah PASTI meningkat kepada 10 buah dengan 520 orang pelajar dan 38 orang kakitangan. Peningkatan yang begitu ketara disebabkan oleh usaha gigih dilakukan oleh penggerak PASTI memperkenalkan kepada masyarakat setempat dan kualiti pembelajarannya beserta kokurikulum bersepadu diselaraskan di peringkat pusat

Pendidikan PASTI semakin mendapat tempat di mata masyarakat kerana PASTI menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.

Menurut Zainal Said, menjelang tahun hadapan sebanyak 3 buah PASTI baru akan diwujudkan di sekitar Kota Raja dan memberi sasaran seramai 1000 pelajar akan mendaftar di PASTI. Sasaran ini perlu digalas oleh pihak Jabatan PASTI supaya memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat tanpa mengira latarbelakang pelajar.
continue to “Majlis Perasmian PASTI Al-Kauthar meriah dengan JAKR”

Muqayyam Peringkat Negeri Selangor

Jabatan Amal Kota Raja telah menghantar peserta ke Muqayyam Peringkat Negeri Selangor pada 30 Julai - 1 Ogos 2010 di Pantai Bagan Lalang, Sg Pelik Sepang baru-baru ini. Seramai 8 orang peserta telah menghadiri yang diketuai oleh Sdr Akiff & Adam Abd Kadir.

Program yang berorentasikan outdoor dengan keindahan pantai, membuatkan program ini sangat menarik disamping pengisian yang amat padat oleh beberapa pimpinan sehinggakan peserta yang tidak biasa dengan program lasak ini berasa amat keletihan.

Walaupun disebelah malamnya tapak perkhemahan dilanda ribut, dengan semangat yang kental dan tarbiyah yang tinggi, peserta tetap kekal sehingga penghujung program.

Walaubagaimanapun, DPPKR dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang peserta Muqayyam kali ini sehari selepas tamat program iaitu adik Fahmi. Skuad Prihatin merangka melakukan lawatan terhadap mangsa adik Fahmi selepas Solat Maghrib semalam gagal kerana mangsa tiada di rumah.

DPPKR mengucapkan tahniah kepada para peserta Muqayyam kali ini dan bersabar terhadap adik Fahmi atas musibah yang menimpa. Skuad Prihatin akan melakukan ziarah sekali lagi pada malam ini dan juga beberapa rumah di sekitar kawasan berhampiran.
continue to “Muqayyam Peringkat Negeri Selangor”

Blog Widget by LinkWithin

Latihan Amal

Latihan Amali Jabatan Amal Kedah
info : Perjuangan Belum Selesai
Wajar dicontohi..


FEEDJIT Live Traffic Feed

My Blog List

 
UAKR Template by SUUAKR | Dragon Hill And adaptation in blogger by Ctemplates