Tentera Merah di Bukit Kemandul.

Jabatan Amal Kota Raja dengan kerjasama Jabatan Amal Kuala Langat, Briged Amal Negeri Selangor dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor telah mengadakan satu program gotong royong dan ziarah ke perkampungan orang Asli Bukit Kemandul, Kuala Langat pada 31 hb Januari 2010.

Program satu hari tersebut di isi dengan kerja-kerja gotong royong membersihkan persekitaran surau Kampung Bukit Kemandul dan penyampaian sumbangan barang makanan kepada keluarga orang Asli di perkampungan tersebut.

Pemeriksaan kesihatan percuma juga telah di adakan dengan kerjasama oleh Kelab Jururawat MSU.




Semoga program ini akan berterusan dan tidak akan berhenti disini sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
UAKR Template by SUUAKR | Dragon Hill And adaptation in blogger by Ctemplates