Al-Fatihah untuk Almarhum Uztaz Hj Hambari Hj Nor

Kg Bukit Naga, Shah Alam 22 Feb - Ustaz Hj Hambari Hj Nor, 70 tahun, seorang aktivis PAS kawasan Kota Raja telah kembali ke rahmatullah semalam selepas beberapa minggu menjalani pembedahan akibat kanser usus, di HUKM Cheras.

Almarhum telah menghembuskan nafas yang terakhir pada kira-kira jam 1030 pagi di HUKM Cheras dan solat jenazah telah selesai di adakan di dewan Dato Fadhil Nor, Pejabat PAS Kawasan Kota Raja pada jam 230 ptg.

Gambar: Almarhum Ustaz Hambari menerima anugerah tokoh PAS Kota Raja dari Tuan Guru Presiden 

Almarhum adalah seorang ahli PAS Kawasan Kota Raja yang mempunyai komitmen yang tinggi di dalam perjuangan PAS.

Sebahagian tanahn di sebelah rumahnya telah di infakkan untuk Markaz/Pejabat PAS kawasan Kota Raja dan bangunan PASTI Saidatina Aisyah.

Dalam banyak program yang di anjurkan oleh cawangan dan Kawasan, beliau banyak menyumbang samada wang ringgit dan tenaga.

Jabatan Amal Kawasan Kota Raja mengucapkan takziah kepada ahli keluarga almarhum di atas permergian seorang pejuang yang banyak berjasa kepada PAS.
Semuga Allah menempatkan Almarhum bersama-sama mereka yang soleh. Al-Fatihah.._Izha

Anggota Amal antara yang terawal menunggu ketibaan jenazah



Selepas selesai solat jenazah

Untuk di bawah ke van jenazah


Ratusan yang mengiringi jenazah

Memastikan kelancaran ke tanah perkuburan Islam Jalan Kebun

Pengkebumian selesai


Suasana sayu di perkuburan



Majlis Tahlil selepas solat Isyak di Dewan DFN

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
UAKR Template by SUUAKR | Dragon Hill And adaptation in blogger by Ctemplates