Provokasi yang dicipta BN bagi gagalkan GMI. Penyokong diminta berhati-hati

Demonstrasi serentak dua kumpulan berlawanan pendirian - penentang dan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) - pada 1 Ogos ini dibimbang boleh "menimbulkan huru-hara", kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).


"Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara," kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau diminta menjelaskan kenyataannya seperti dipetik Berita Harian semalam bahawa Perkasa dan NGO lain akan berarak mempertahankan akta itu "walaupun boleh menimbulkan huru-hara."

Jika kumpulan penentang akta itu meneruskan Himpunan MANSUH ke Istana Negara, Ibrahim menegaskan, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.

"Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," katanya, seorang bekas tahanan akta itu sebanyak dua kali.

Tambahnya, GMI seharusnya menunggu tindakan lanjut kerajaan untuk menyemak akta kontroversi tersebut - seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengambilalih teraju kepemimpinan negara awal April lalu.

"Kerajaan sudah umum akan kaji ISA, apa perlu perhimpunan ke Istana Negara.

"Tunggu sehingga kerajaan pinda atau bagaimana (keputusannya), baru boleh kemuka bantahan," katanya melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.

Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.

Dalam perkembangan terkini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan mengerahkan 1,000 petugas Unit Amal PAS untuk mengawal keselamatan dan peserta Himpunan MANSUH bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Lihatlah. Inikah yang dikatakan 1Malaysia sebuah Negara Demokrasi? Tak cukup dimandikan rakyat dengan Water Canon bersabunkan Gas Pemedih Mata, kini ditambah pula dengan
Provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan. Pemimpin sebeginikah yang perlu kita ikut dan agungkan?
Marilah kita semua bersatu, berani berjuang untuk mempertabatkan
Kuasa Rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
UAKR Template by SUUAKR | Dragon Hill And adaptation in blogger by Ctemplates