Matlamat dan Tujuan

Matlamat sebenar Unit Amal terkandung di dalam pengertian
rukun amal itu sendiri iaitu:

1. Allah Matlamat Kami
2. Rasul Ikutan Kami
3. Al Quran Perlembagaan Kami
4. Jihad Jalan Kami
5. Mati Syahid Citi-cita Tertinggi Kami
6. Beramal Kerana Allah Syiar Kami



Manakala antara tujuan penting pada penubuhan Unit Amal ini ialah:

1. Penubuhan Sukarelawan berunifom ini adalah satu pendekatan dari Parti Islam Se Malaysia (PAS) untuk memberi khidmat kepada masyarakat khususnya generasi pemuda-pemudi.

2. Penubuhan pasukan ini juga adalah merupakan suatu alternatif kepada pasukan sukarelawan berunifom yang sedia ada yang telah ternyata gagal dalam merealisasikan syariat Islam di dalam kegiatan mereka.

3. Membina tahap disiplin yang tinggi, cergas, tangkas, berkemahiran diri dan berketahanan diri dan bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan oleh pimpinan kepada anggota-angota Amal.

4. Memberi pilihan baru pada generasi pemuda-pemudi untuk mengisi aktiviti-aktiviti yang bermenafaat lagi berfaedah.

5. Membina seberapa banyak ilmu kemahiran dan kepimpinan pada setiap anggota sebelum diperturunkan ke dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

6. Menjadi tenaga penting Jamaah dalam gerakerja-gerakerja yang tertentu seperti yang diarahkan dari masa ke semasa.

7. Membentuk dan melatih anggota-anggota supaya beriman dan beramal hanya kerana mencari keredaan Allah S.W.T.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
UAKR Template by SUUAKR | Dragon Hill And adaptation in blogger by Ctemplates