Cabaran

Bila kita sebut tentang cabaran, ujian, mehnah dan tribulasi dalam kita merealisasikan cita-cita Unit Amal ini ianya tidak dapat lari dari dua bentuk cabaran iaitu:

1. Cabaran dari dalam Jamaah.
2. Cabaran dalam kontek masyarakat


1. Cabaran dari dalam Jamaah.

Untuk merealisasikan kerja-kerja kebajikan, latihan kemahiran dan disiplin yang tinggi di kalangan anggota memerlukan pemecahan budaya tarbiyah. Jika di peringkat pengenalan kita didedahkan dengan budaya kesedaran dan ‘ilmu seperti pengajian, usrah, seminar, forum dan ceramah-ceramah politik semasa tetapi kali ini kita terjun dan memimpin di tengah-tengah masyarakat tentulah segala gerakgeri dan kemampuan kita diperhatikan. Oleh itu program pengisian mestilah dikembang dan diseimbangkan diantara Tarbiyah Rohiyah, Aqliah dan Jasadiyah.Lebih-lebih lagi kita, golongan pemuda-pemudi Islam dipertanggungjawabkan untuk memimpin bukan sahaja golongan kanak-kanak dan orang tua tetapi golongan remaja dan belia yang sedang tenggelam timbul dibawa arus jahiliyah moden. Tarbiyah yang dibina mestilah bersesuaian dengan sifat-sifat dan ciri-ciri kepemudaan seperti berdisiplin tinggi, tahan lasak, berilmu berkemahiran, berketerampilan, beriman dan beramal dengan ajaran-ajaran yang diketahui dan dipelajari.
Faktor perubahan Tarbiyah inilah yang menyebabkan sebahagian besar dari anggota-anggota Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS di seluruh negeri gagal menggerakkan aktiviti Unit Amal dikawasan masing-masing malahan ada yang merasa Unit Amal seperti ‘ budak suruhan ’ yang `tidak ada kelas’ dan boleh diarah sesuka hati.

2. Cabaran dalam kontek masyarakat

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat di sekeliling kita telah disogok dengan berbagai berita dari berbagai media massa tentang kelemahan dan keburukan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti kita. Semua orang tahu tentang orang-orang PAS yang suka berpolitik, handal bercakap dan suka mempolitikkan
-5-

sesuatu isu. Tetapi apabila dilihat oleh masyarakat, kemampuan dan kemahiran yang ada pada ahli kita apabila diminta sesuatu pertolongan oleh masyarakat ternyata apa yang dicakapkan tidak serupa bikin. Memang kita mempunyai ramai ahli-ahli yang pandai bercakap itu dan ini serta menjatuhkan hukum sehingga masyarakat merasa takut dan serba salah untuk bergaul dengan kita.

Kita kekurangan orang-orang yang serba boleh dan berkemampuan untuk memimpin masyarakat dan membetulkan kesilapan mereka secara praktikal.Sebenarnya kelemahan yang sebeginilah yang menyebabkan pihak musuh telah berjaya dengan propaganda mereka mempengaruhi pemikiran rakyat. Oleh itu kita mestilah memiliki ilmu dan kemahiran diri yang berlipat kali ganda daripada apa yang dimiliki oleh orang-orang awam, barulah masyarakat sekeliling akan percaya dan menghormati perjuangan yang dibawa oleh kita yang telah diamanahkan untuk menjadi ‘ Duta Parti’ di tengah-tengah masyarakat.

Akhirkata marilah kita menghayati Firman Allah Taala:

Dan siapkanlah diri kamu untuk menghadapi mereka dengan apa jua kekuatan yang kamu sanggupi, dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak ketahui sedangkan Allah mengetahuinya ”.
Al-Anfal : 60

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
UAKR Template by SUUAKR | Dragon Hill And adaptation in blogger by Ctemplates